Assalamualaikum semua...oleh sebab projek/hasil baru sedang dalam pembikinan maka saya nak n3kan hasil tangan (makeover) yang di buat pada tahun lepas..meja buruk ni saya kutip sewaktu mengemas rumah adik saya untuk memindahkan barang2nya ke kampung kerana waktu itu dia sakit & dan sekarang dah jadi arwah..terlampau banyak barang2.. ni kerana arwah dulu adalah seorang pengandam pengantin &. perancang perkahwinan...meja ni dah buruk sangat..berkarat dah hukum buang dah..tapi saya ambil untuk dimakeover..seperti biasa terlupa ler pulak nak ambil gambar asalnya!
Ini pandangan dari sebelah atas...saya tampalkan gambar princess atas permintaan Tasya(anak saya) kerana katanya nak buat meja belajar..sama gelagat macam anak Azlina(TERIMALAH AKU SEADANYA)...
No comments:
Post a Comment